NILAM
Pengenalan
NILAM
(Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua
aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan
memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan
untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat
membaca di kalangan warga sekolah.
Matlamat
Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar.
Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar.
Objektif
· Menjadikan murid banyak membaca.
· Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Tiga Elemen Program NILAM
a. Rekod Membaca
Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
a. Rekod Membaca
Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
b. Pengesahan Pembacaan
Guru Kelas atau lain-lain yang diberi kuasa mengesahkan rekod bacaan pelajar.
c. Pengiktirafan
Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.
Tahap Pencapaian Program NILAM
Tahap Jauhari
Membina
kemahiran dan minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Semua pelajar
diwajibkan mengikuti galakan membaca tahap Jauhari.
a. Sekolah Rendah
Pelajar mengikuti aktiviti galakan membaca sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran asas (pertengahan Tahun Satu).
Jumlah Bacaan Buku
|
Pengiktirafan
|
90-179
|
Gangsa
|
180-269
|
Perak
|
270-359
|
Emas
|
360 ke atas
|
NILAM
|
b. Sekolah Menengah
Jumlah Bacaan Buku
|
Pengiktirafan
|
72-143
|
Gangsa
|
144-215
|
Perak
|
216-287
|
Emas
|
288 ke atas
|
NILAM
|
Tahap Rakan Pembaca (RP)
- Setelah membaca 100 buah buku, pelajar layak memasuki Tahap Rakan Pembaca.
- Pelajar mendapat bimbingan daripada guru (fasilitator)
- Pelajar menjalankan aktiviti bercerita, membaca bersama, bicara buku bersama, rakan, keluarga dan jiran.
SISTEM GANJARAN RAKAN PEMBACA
Jumlah Bacaan Buku
|
Pengiktirafan
|
90-179
|
Gangsa
|
180-269
|
Perak
|
270-359
|
Emas
|
360 ke atas
|
NILAM
|
Pengiktirafan:
Tahunan- Buku Rekod Kemajuan
- Kad Kumulatif
- Selepas 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah
- Sijil Berhenti Sekolah
- Surat Akuan Sekolah
Cadangan Aktiviti NILAM
- Program Iqra'
- Membaca Bersama
- Ceramah Buku
- Pertandingan Bercerita
- Khemah Membaca
- Pameran Buku
- Teater Membaca
- Dimasukkan dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran bahasa.
- Masa Khas - contoh 10 minit sebelum waktu sekolah bermula dan waktu rehat.
- Waktu untuk aktiviti perpustakaan.
- Menggunakan waktu senggang untuk membaca.
Sumber Bahan Bacaan
- Perpustakaan Sekolah
- Perpustakaan Awam
- Perpustakaan Keluarga
- Sudut Bacaan di Masjid
- Perpustakaan FELDA
- Perpustakaan KEMAS
Melihat
kepada statistik data yang dikumpul setiap tahun berkaitan pelaksanaan
program ini, kita dapati penglibatan murid-murid kian meningkat dengan
statistik terakhir menunjukkan 84.68% murid-murid terlibat dalam program
ini. Namun begitu, usaha kita tidak akan berhenti setakat ini sahaja
dalam membentuk budaya membaca dalam kalangan murid-murid. Kita bertekad
untuk mencapai sasaran kita iaitu penglibatan 100% murid dalam Program
NILAM dan seterusnya membudayakan amalan membaca ini di luar lingkungan
persekolahan iaitu dalam erti kata lain memasyarakatkan program NILAM.
Strategi KPM khasnya BTP ,BTPN,PKG bagi mencapai sasaran 100%:
Bagi
mencapai penglibatan 100% murid dalam program NILAM, pelbagai usaha
giat telah dan sedang dijalankan di peringkat Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri (BTPN), Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian(PTPB) dan
juga Pusat Kegiatan Guru(PKG), dengan kerjasama yang baik daripada
Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dalam
merangka program-program galakan membaca. Sebagai contoh, beberapa
aktiviti sokongan bagi memantapkan lagi Program NILAM ini telah diadakan
seperti Khemah Membaca, Kem Penulis Muda, Program Jejak Maklumat,
Pertandingan Bercerita, Resensi Buku dan juga pameran-pameran buku yang
mendapat sokongan dari Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Selain
daripada itu, Jemaah Nazir juga mengambil kira elemen pelaksanaan
Program NILAM sewaktu pemantauan ke sekolah-sekolah. Secara tidak
langsung ini menunjukkan penegasan KPM mengenai peri pentingnya program
ini dilaksanakan. Dalam masa yang sama pihak pentadbir sekolah perlu
memberi kerjasama dan perhatian dalam merangka, mengurus, melaksana dan
memantau program-program galakan membaca yang dirancang oleh Guru
Perpustakaan & Media (GPM).
KPM
juga sedang memantapkan pekeliling berkaitan pelantikan GPM Cemerlang
dalam usaha memberi pengiktirafan kepada GPM selaku individu yang
bertanggungjawab secara lansung dalam menjayakan Program NILAM di
peringkat sekolah.
Memang
pihak KPM amat mengalu-alukan sebarang inisiatif pihak swasta untuk
bersama-sama menjayakan dan menyemarakkan Program NILAM. Sehingga kini,
pihak KPM telah mengadakan beberapa kerjasama pintar dengan beberapa
buah syarikat dalam aspek peningkatan kualiti prasarana dan pengurusan
Pusat Sumber Sekolah serta meningkatkan budaya membaca. Sebagai contoh:
Syarikat RHB telah mengadakan Program ”Lets READ” dimana sekolah luar
bandar yang terpilih telah di beri sumbangan dan khidmat bantu dari segi
penyediaan sistem automasi, penambahan koleksi bahan dan pengurusan
Pusat Sumber Sekolah (PSS) manakala Syarikat NCIA pula telah menubuhkan
makmal yang bercirikan Pusat Sumber Digital di sekolah-sekolah di
Koridor Utara dan yang terkini sebuah penerbit buku iaitu Syarikat
Scholastic Malaysia Sdn. Bhd pula telah bercadang untuk mengadakan
program ”READ2009:One Nation Reading Together ”. Syarikat ini juga
terlibat secara lansung dalam menjayakan Bengkel Khemah Membaca
Kebangsaan 2009. Program-program seperti ini memang dapat menyumbang,
menyokong dan mengaktifkan program NILAM seterusnya meningkat budaya
membaca dalam kalangan murid.
No comments:
Post a Comment