Pages


9 Dec 2012

30 SIKAP UNTUK BERJAYA


Sikap Pertama: Ketahanan diri
Terus belajar biarpun hati anda dah mengalah/penat.

Sikap kedua: Disiplin diri
Melayan pembelajaran sebagai tanggung jawab dan bukan sebagai suatu hobi

Sikap ketiga : Minat terhadap pembelajaran
Belajar dengan perasaan positif dan gembira

Sikap keempat : Jangkaan positif
Sentiasa fikirkan kejayaan yang bakal datang

Sikap kelima : Ketenangan jiwa
Dapat memaafkan semua perasaan yang menjejaskan perasaan anda

Sikap keenam : Pembelajaran menyeluruh
Bukan hanya tumpu pada pelajaran yang anda minati sahaja

Sikap ketujuh : Ulangan bertubi-tubi
Sekadar memahami tidak mencukupi, ia perlu menjadi aset hidup

Sikap kelapan : Sikap tidak mengalah
Gagal mendapat prestasi yang baik tidak melemaskan semangat untuk terus belajar

Sikap kesembilan: Jaga diri sendiri
Tidak membandingkan kejayaan orang lain dengan prestasi diri anda

Sikap kesepuluh : Mengikut jadual belajar
Lepaskan semua perkara yang boleh mengganggu jadual ulangkaji anda

Sikap kesebelas : Cekal berjuang
Bersusah dahulu , bersenang kemudian. Tidak terpedaya oleh permainan video game. Sanggup mengenepikan permainan demi masa depan yang cerah

Sikap ke dua belas : Menjaga hidup
Tidak lupa pada keseimbangan hidup

Sikap ke tiga belas : Menjadi model
Tunjukkan contoh anda kepada adik beradik, rakan taulan

Sikap ke empat belas : Elak kesempurnaan
Melengkapkan tugasan tidak mungkin mencapai kesempurnaan

Sikap ke lima belas: Menangani perkara luar jangka
Setiap kejadian perlu ditangani dengan sabar dan tidak mencetuskan perasaan negati
Sikap keenam belas : Menghargai tekanan
Setiap tekanan adalah memberi kekuatan untuk anda

Sikap ketujuh belas : Suka berkongsi
Membantu orang lain adalah juga membantu diri sendiri

Sikap kelapan belas: Cekal mencari jawapan
Biasakan diri membuat rujukan silang pada buku yang berbeza

Sikap kesembilan belas: Suka bertanya
Untuk mendapat jawapan yang nyata dan mendalam

Sikap kedua puluh : Suka bersendirian
Menjaga diri jauh lebih penting dari melayan kawan

Sikap keduapuluh satu: Menahan penat
Setiap orang ada bateri kedua , gunanya bila perlu

Sikap keduapuluh dua : Inisiatif
Bertindak biarpun tidak disuruh

Sikap keduapuluh tiga : Jiwa berbakti
Belaajr demi kejayaan keluarga, negara

Sikap keduapuluh empat: Hutang pembelajaran
Rasa bersalah kerana gagal melengkapkan pembelajaran dan akan membayar balik hutang secepat mungkin

Sikap keduapuluh lima : Menjangkaui batasan
Belajar lebih dari apa yang orang lain mampu lakukan

Sikap keduapuluh enam: Mencabar diri sendiri
Fikirkan , adakah anda boleh lakukan lebih baik. Jika dapat, hadiahkan diri sendiri

Sikap keduapuluh tujuh : Nilai kerohanian
Jadikan pembelajaran salah satu dari ibadat hidup. Doa selalu.

Sikap keduapuluh lapan : Kasih sayang
Sayang pada diri sendiri dan tidak mengizinkan diri kalah dalam hidup

Sikap keduapuluh sembilan : Motivasi diri
Bercakap dengan diri sendiri secara positif

Sikap ketiga puluh : Kemahuan yang berkobar-kobar
Menjadikan harapan suatu kewajipan dalam hidup.


Sumber : DR. AZMAN BIN AHMAD PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

TERUNG PIPIT

ANDA TAHU APA ITU TERUNG PIPIT?

buah terung pipit / Solanum Violaceum

Anda kenal buah seperti gambar di atas? Inilah buah terung pipit atau nama saintifiknya Solanum Violaceum.
Berikut ialah beberapa ciri pokok dan buah terung pipit ini:

-ketinggian pokok boleh mencapai sehinga 1.5 meter
-batangnya berkayu liat ,banyak dahan dan berduri
-bunganya berjambak di hujung & berwarna putih
-buahnya berbentuk bulat,semasa muda berwarna hijau,semasa masak berwarna merah
KHASIAT:

1. Mengandungi 2% protin, 0.1% lemak, 7.9 % karbohidrat serta banyak fosforus,sedikit zat besi,vitamin A, B1, dan C.
2.Buahnya mengandungi alkaloid jenis steroid (solasodin)
3.Minyak daripada biji buah mengandungi gliserid daripada asid lauric, palmitic, stearic, arachidic,oleic
dan linoleic.

pokok terung pipit

****

1. Tumbuhan ini dikatakan memiliki sifat afrodisiak(menaikkan syahwat), astrigen ( menyebabkan sel-sel mengecut )

2. Akarnya pula memiliki sifat-sifat diuretik (menambah jumlah air kencing.)

3. Wap air daripaba biji ya ng telah dibakar dikatakan mampu digunakan untuk merawat sakit gigi.

4. Buah terung pipit yang telah direbus boleh dijadikan air minum bagi mencuci darah,melegakan kesakitan
akibat sakit perut,penawar racun ular dan serangga.

5. Buah terung pipit ini juga boleh dimakan untuk tujuan merendahkan tekanan darah tinggi dan merawat
sakit akibat haid, dan diabetes.

6.Air rebusan daunnya dikatakan mampu digunakan untuk merawat disuria atau pengeluaran urin atau air
kencing yang sukar dan sakit.

7. Daun pokok ini dihancurkan dan boleh ditampal pada bahagian tubuh yang mempunyai selulit.

8.Akar yang telah ditumbuk dan dihancurkan dikatakan mampu dijadikan ubat tampal pada luka ulser.

9. Akar yang telah direbus juga dikatakan boleh diminum untuk ubat memudhakan proses bersalin, sakit gigi,
demam,kecacingan, dan kolik.

10. Bagi masalah kulit kaki merekah ataupun bengkak, dikatakan akar pokok terung pipit ini yang telah
ditumbuk hancur dan lumat boleh dilumurkan pada bahagian yang bengkak dan mampu melegakan
kesakitan dan memperbaiki peredaran darah pada bahagian yang bengkak.

KATA - KATA SEMANGAT



Kalau ada 1000 insan yang cemerlang
maka aku salah seorang darinya,
kalau ada 100 insan cemerlang
maka aku juga salah seorang darinya,
kalau ada 10 insan cemerlang
maka aku juga salah seorang darinya
DAN kalau SEORANG sahaja insan cemerlangan
maka AKULAH orangnya...
Siapa??? yaaa akulah orangnya.

TUGAS PENGAWAS PSS

SENARAI TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER


1. Membantu dalam pengedaran bahan buku (peminjaman dan pemulangan).

2. Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain.

3. Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para pengguna ketempat asal.

4. Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas-mengemas.

5. Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, cop hak milik dan sebagainya.

6. Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima daripada pembekal.

7. Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap.

8. Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan bahan perisian.

9. Membantu mempromosikan PSS.

10. Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna.

11. Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS.

12. Membantu membaikpulih bahan-bahan rosak.

13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS.

BIDANG TUGAS AJK

BIDANG TUGAS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

1. Pengajaran dan Pembelajaran
 
a. Merancang dan mengajar Kemahiran Maklumat antara 6 hingga 10 waktu seminggu.

· Definisi Kemahiran Maklumat.

· Modul Pengajaran Kemahiran Maklumat.(Catatan: bagi sekolah rendah rujuk Modul Kemahiran Maklumat Untuk Sekolah Rendah terbitan BTP manakala sekolah menengah pula boleh merujuk buku yang sama dengan mengubahsuai mengikut keperluan.

· Waktu pengajaran kemahiran Maklumat: 
 
o diintegrasikan dalam mata pelajaran lain (contoh:waktu perpustakaan yang menggunakan waktu BM/BI)

Catatan: semasa Guru Perpustakaan dan Media mengajar, guru sedia ada perlu bersama.

o Di luar waktu persekolahan (petang / hari Sabtu)

· Jadual waktu pelaksanaan perlu disediakan untuk memastikan semua kelas berpeluang mengikuti pengajaran Kemahiran Maklumat.

b. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.

c. Merancang dan melaksanakan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

2. Perancangan / Pengurusan

a. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-sama pengetua, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan pelajar sekolah.

b. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum sekolah.(sila rujuk kepada pekeliling Kewangan Bil.5/2002).
 
c. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini (Sila rujuk buku Dasar Pembinaan Koleksi terbitan BTP, 1994).

d. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu. (Sila rujuk Buku Konsep dan Panduan Pelaksanaan Program NILAM terbitan BTP dan pekeliling Iktisas Bilangan 3/1998).

e. Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.

f. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah.(Rujuk Pekeliling Pengurusan Mesyuarat)

g. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.

3. Pembangunan Sumber Manusia
 
a. Merancang, mengurus, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.

· Mengajar kemahiran maklumat kepada pengawas PSS.
· Mengadakan sesi perkongsian ilmu dengan AJK Pusat Sumber Sekolah
· Mengadakan aktiviti kemahiran mmaklumat diluar waktu persekolahan(petang / hari Sabtu).

4. Promosi / Perhubungan Luar

a. Mempromosi dan mengadakan aktiviti-aktiviti galakguna Pusat Sumber Sekolah

· Minggu PSS/ Induksi PSS,
· Bulan Membaca- Julai,
· Hari Buku Se dunia -1 April,
· Hari Perpustakaan Sekolah Antarabangsa – Hari Isnin Minggu keempat, bulan Oktober) 
 
b. Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri/Pusat Kegiatan Guru/Perbadanan Perpustakaan Awam serta Agensi-agensi lain yang berkaitan untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.

c. Mempromosi dan manjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah.


5. Pemantauan / Penilaian / Pelaporan

a. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.

b. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.

c. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.

d. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan Program NILAM kepada PKG mengikut keperluan.

Catatan:

Menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan sekolah.

SENARAI TUGAS GURU UNIT MEDIA

1. Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan PSS.

2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh J/Kuasa Induk.

3. Menyedia dan menyesuaikan Jadual Waktu TVVP dan lain-lain media Teknologi.

4. Memastikan guru-guru membuat catatan pada buku rekod berkenaan.

5. Membuat penilaian terhadap program TVP dari semasa ke semasa.
6. Menyediakan laporan-laporan mengenai penggunaan Rancangan TVP dan bahan-bahan media teknologi lain kepada J/Kuasa Induk PSS
7. Memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan Media Teknologi di PSS kepada guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas
8. Mengesyor dan menggalakkan penggunaan sumber-sumber bagi meninggikan tahap pencapaian pengajaran dan pembelajaran
9. Mengurus dan mengelolakan usaha-usaha produksi dan duplikasi sumber-sumber perisian media teknologi di PSS
10. Bertanggungjawab dalam penyusunan perkakas dan perisian media teknologi di PSS
11. Membuat penilaian mengenai perkhidmatan dan penggunaan bahan teknologi di PSS
12. Mengenalpasti dan mencadangkan kemasukan alat/ teknologi baru mengikut keperluan dan kemampuan sekolah.
13. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua


GURU UNIT PERPUSTAKAAN


1. Membantu Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS
2. Mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan
3. Menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan menghapuskira koleksi/bahan perpustakaan
4. Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar menggunakan perpustakaan
5. Menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot dan koleksi bahan
6. Menyediakan perancangan dan melakukan promosi aktiviti perpustakaan yang bersesuaian dengan objektif PSS
7. Menubuhkan J/Kuasa Guru Pembantu Perpustakaan dan pengagihan bidang tugas
8. Mengadakan orientasi bagi pelajar-pelajar baru supaya mereka tahu menggunakan PSS 
    dengan baik dan betul
9. Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima untuk makluman 
    guru dan pelajar
10. Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan di sekolah
11. Melatih dan menyelia Kerani dan Pengawas Perpustakaan untuk membantu menguruskan perpustakaan
12. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
13. Memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, Katalog-katalog daripada penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku yang perlu dan dapat dibeli.
14. Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan pelajar mengikut keperluan.
15. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun



SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH



1. Merancang kewujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.

2. Menentukan sumber kewangan PSS.

3. Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.

4. Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.

5. Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain

6. Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.

7. Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material. Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.

GURU PANITIA MATAPELAJARAN / PENASIHAT KELAB

1. Membantu J/Kuasa PSS memilih dan mendapatkan alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru dan pelajar.

2. Membantu J/Kuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media yang dibeli atau dihasilkan sendiri.

3. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua.

4. Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran.

5. Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan mengikut kemudahan guru-guru.

KOLEKSI BAHAN


KOLEKSI BAHAN BACAAN

Koleksi bahan bacaan adalah semua bahan sumber maklumat bercetak yang diselenggara dan disimpan di Pusat Sumber Sekolah untuk
digunakan oleh pelajar dan guru. Koleksi bahan bacaan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori, antaranya adalah :
·  Buku Fiksyen
·  Buku Bukan Fiksyen ( Pinjaman )
·  Buku Bukan Fiksyen ( Rujukan )
·  Bahan Terbitan Berkala.
·  Bahan khusus.

BUKU FIKSYEN
Buku fiksyen merupakan karya sastera yang diterbitkan daripada rekaan atau khayalan seseorang pengarang. Buku fiksyen dapat diklasifikasikan
mengikut bahasa, antaranya :

·  Buku Fiksyen Melayu
·  Buku Fiksyen Inggeris
·  Buku Fiksyen Cina
·  Buku Fiksyen Tamil
·  Buku Fiksyen Arab

Kebiasaannya cerita- cerita yang terdapat dalam buku-buku fiksyen adalah :
·  Cerita Sains
·  Cerita Nasihat
·  Cerita Dongeng
·  Cerita Khayalan
·  Cerita Binatang
·  Cerita Rakyat

BUKU BUKAN FIKSYEN 

Buku bukan fiksyen terdiri daripada buku bukan fiksyen untuk pinjaman dan buku bukan fiksyen untuk rujukan. Buku bukan fiksyen pinjaman merupakan buku-buku bukan fiksyen yang diberi pinjamkepada pengguna.
Buku bukan fiksyen rujukan adalah buku-buku yang digunakan untuk rujukan sahaja dan tidak dibenarkan dipinjam oleh pengguna. Semua buku bukan fiksyen dikelas dibawa sepuluh bidang utama iaitu :
·  Karya am
·  Falsafah
·  Agama
·  Sains Kemasyarakatan
·  Bahasa
·  Sains Tulen
·  Teknologi
·  Kesenian
·  Kesusasteraan
·  Sejarah & Geografi


BUKU RUJUKAN

Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara, antaranya maklumat tentang makna perkataan, sesuatu kejadian, peristiwa, berita, fakta, butiran tentang tempat, data dan sebagainya. Buku rujukan terdiri daripada :

a. Buku Rujukan Umum
b. Buku Rujukan Am
c. Buku Rujukan Khusus
d. Bahan Khusus

BUKU RUJUKAN UMUM

Buku rujukan umum merupakan buku-buku bacaan tambahan serta memenuhi keperluan-keperluan pengajaran dan pembelajaran pelajar, berkaitan dengan mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di sekolah dan memenuhi kehendak kurikulum. Buku rujukan umum terdiri daripada buku-buku ilmiah.


BUKU RUJUKAN AM

Buku-buku rujukan am memberi maklumat umum dan berguna untuk semua orang. Ia berguna untuk rujukan cepat tetapi tidak begitu mendalam. Di antara buku rujukan am adalah :
a. Almanak
b. Atlas
c. Direktori
d. Ensiklopedia umum
e. Gazetir
f. Kamus umum


BUKU RUJUKAN KHUSUS

Buku-buku rujukan khusus memberi maklumat semasa secara terperinci,
mendalam dan khusus untuk pengguna-pengguna tertentu sahaja. Ia
mengandungi maklumat terperinci mengenai satu cabang ilmu sahaja.
 Di antara buku rujukan khusus adalah :

a. Abstrak
b. Bibliografi khas
c. Biografi Individu
d. Ensiklopedia Khusus
e. Buku Glosari
f. Buku Indeks
g. Buku Istilah
h. Kamus khusus

BAHAN KHUSUS

Bahan khusus merupakan bahan yang diterbitkan berdasarkan sesuatu perkara atau bidang khusus. Di antara bahan khusus adalah :

a. Kertas Seminar
b. Pekeliling
c. Tesis
d. Maklumat perangkaan

KOLEKSI BUKU MALAYSIANA
Koleksi buku Malaysiana terdiri daripada buku-buku yang diterbitkan di
Malaysia, ditulis oleh warga Malaysia, mengenai Malaysia sama ada diterbitkan di dalam atau di luar Malaysia.


KOLEKSI BUKU NADIR

Koleksi buku nadir terdiri daripada buku-buku lama yang diterbitkan sebelum 1900 atau terbitan yang jarang atau sukar didapati.

BAHAN TERBITAN BERKALA

Bahan Terbitan Berkala merupakan bahan yang diterbitkan secara berkala atau bersiri. Bahan-bahan ini mungkin diterbitkan seminggu sekali, sebulan sekali, setahun sekali atau mengikut jangka masa tertentu.
Di antara bahan terbitan berkala adalah :

·  Buletin
·  Jurnal
·  Laporan Tahunan
·  Majalah
·  Risalah
·  Surat khabar


ABSTRAK

Abstrak adalah satu penerbitan yang merupakan sesuatu perwakilan yang lepas dan ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gaya penulisan yang sama dengan dokumen yang asal. Abstrak digunakan adalah untuk membantu pembaca :

·  Menilai isi kandungan sesuatu dokumen dan potensi kesesuaiannya.
·  Membuat nota dan catatan yang berkesan
·  Tentang bahan semasa.
·  Dalam penyampaian laporan.
·  Dalam pemilihan dokumen yang sesuai dan mengumpulan maklumat     
   yang dikehendaki


ALMANAK

Almanak merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat perangkaan. Ia juga merupakan kalender tahunan yang mengandungi senarai haribulan dengan maklumat lain seperti terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan dan ramalan cuaca. Almanak digunakan untuk mendapatkan maklumat perangkaan atau fakta mengenai bidang-bidang tertentu dengan cepat dan mendalam.
contoh almanak


BIBLIOGRAFI

Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan bercetak yang disusun mengikut nama pengarang, judul atau subjek dan disusun dalam susunan berabjad. Ia terdapat dibahagian akhiran sesebuah bahan penerbitan bercetak. Bibliografi mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan tahun diterbitkan. Bibliografi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

·  Bibliografi di bahagian akhiran buku.
·  Bibliografi jilid khas atau buku.

Tujuan menggunakan Bibliografi adalah untuk :

·  Memudahkan pembaca mencari buku rujukan lain yang berkaitan  
  dengan isi kandungan buku yang telah dibaca.
·  Menggalakkan pembaca membuat rujukan tambahan .
·  Untuk memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan
  tanpa mengetahui dengan lengkap setiap butiran tentang sesuatu  
  bahan.

BIOGRAFI

Biografi adalah buku yang mengandungi koleksi maklumat mengenai riwayat hidup individu. Tujuan menggunakan buku biografi adalah :

·  Untuk mendapatkan maklumat tentang seseorang tokoh dengan lebih
mendalam sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia.
contoh biografi


ENSIKLOPEDIA

Ensiklopedia merupakan bahan rujukan yang memuatkan maklumat luas
tentang semua cabang ilmu pengetahuan yang pada umumnya disusun
mengikut abjad. Ensiklopedia memuatkan semua tajuk tentang peristiwa atau fakta dan mampu menjawab persoalan tentang apa, bila, siapa, di mana, mengapa dan bagaimana kecuali hal-hal yang bersifat mutakhir.
Penghuraiannya jelas dan kadang-kadang ia dilengkapi gambar-gambar dan ilustrasi bergambar untuk menjelaskan lagi maksud yang hendak disampaikan.

Ensiklopedia terbahagi kepada dua jenis iaitu :

·  Ensiklopedia umum
Ia terdiri daripada beberapa jilid yang mengandungi maklumat am tentang perkara atau bidang tertentu.
·  Ensiklopedia Khusus
Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungi
keterangan yang lebih khusus dan mendalam bagi satu-satu perkara
atau bidang yang berkenaan.

Tujuan menggunakan ensiklopedia adalah :

·  Untuk mendapatkan gambaran umum tentang sesuatu perkara atau topik
dengan merujuk ensiklopedia umum.
·  Untuk mendapatan maklumat mendalam tentang sesuatu perkara atau
topik dengan merujuk ensiklopedia khusus.


GAZETIR
Buku gazetir memberi maklumat geografi dan data mengenai tempat-tempat atau lokasi. Ia tidak memberi definisi istilah-istilah geografi. Selain daripada maklumat geografi ia juga menyediakan maklumat berkenaan sejarah, perangkaan, kebudayaan dan fakta-fakta yang lain mengenai tempat-tempat.
Gazetir disusun mengikut abjad.

Tujuan menggunakan gazetir
Gazetir digunakan untuk mencari maklumat geografi, sejarah dan ekonomi sesuatu tempat.
Ch: Chambers World Gazetteer


GLOSARI

Glosari merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataan tertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan.

Terdapat dua jenis glosari iaitu:
·  Glosari yang terdapat pada halaman glosari di bahagian akhiran buku bagi buku bukan fiksyen.
·  Buku Glosari, sebuah buku khas yang menerangkan maksud perkataanperkataan tertentu dalam bidang-bidang tertentu.

Tujuan menggunakan glosari

·  Glosari memudahkan seseorang pembaca memahami maksud sesuatu
perkataan atau istilah yang kurang jelas.
·  Ia juga mempercepatkan pencarian maklumat yang tepat supaya pembaca dapat memahami isi kandungan sesuatu buku tanpa merujuk kepada kamus.
Ch: Glosari khusus untuk Teknologi Maklumat



INDEKS

Satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatu
maklumat seperti perkataan atau topik.

Tujuan Indeks
·  Memudahkan pembaca mengesan maklumat tertentu di dalam sesebuah
buku yang dibaca.
·  Memudahkan pembaca merujuk di mana maklumat tertentu didapati.

Jenis-jenis Indeks

·  Indeks di bahagian akhir buku.
·  Indeks Jilid Khas.


ISTILAH

Perkataan yang mempunyai makna yang khas dalam sesuatu bidang ilmu
pengetahuan.

Tujuan menggunakan istilah :

·  Untuk mendapatkan ejaan yang betul.
·  Untuk membuat terjemahan.
·  Untuk ketepatan penggunaan perkataan.

Jenis Istilah

·  Halaman Istilah.
Halaman Istilah biasanya terdapat di bahagian akhiran buku.

·  Buku Istilah.
Buku Istilah merupakan buku khusus tentang sesuatu istilah dalam bidang tertentu.


KAMUS

Kamus merupakan buku koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan seperti definisi, makna , asal-usul, sebutan, sukukata, tatabahasa, penggunaan, dan kedudukan semasa dalam susunan berabjad.

Kamus terdiri daripada beberapa jenis, antaranya adalah :
a. Kamus umum ialah kamus biasa yang mengandungi maklumat
seperti :
- Makna sesuatu perkataan
- Cara menggunakan perkataan
- Ejaan yang betul

b. Kamus Terjemahan
Kamus jenis ini hanya memberi makna sesuatu perkataan dalam
satu bahasa ke bahasa yang lain.

c. Kamus Perkara Khas ( Kamus khusus )
Kamus ini memberi maklumat yang terperinci mengenai sesuatu
perkataan dalam sesuatu bidang tertentu.

Tujuan menggunakan kamus adalah :
a. Untuk mencari makna atau definisi perkataan .
b. Untuk mengetahui asal-usul perkataan.
c. Untuk mengetahui bagaimana sesuatu perkataan disebut.
d. Untuk mengetahui jenis perkataan.
e. Untuk menunjukkan cara menggunakan perkataan.
f. Untuk mengetahui ejaan yang betul.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...